Perlembagaan


DERAF PERLEMBAGAAN KELAB
PERKARA  1   :NAMA DAN ALAMAT 
  
a. Nama kelab          :Kelab Guru & Kakitangan
b. Alamat                   :Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, 13700 Perai,P.Pinang.

PERKARA  2:  MATLAMAT 

Memupuk semangat kerjasama, mengeratkan silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli agar suasana bekerja di sekolah  lebih kondusif dan produktif  

PERKARA  3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1       Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan staf sokongan dengan syarat tiada 'faedah' sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen2 Akta Pertubuhan 1966 boleh diberikan kepada ahli-ahli atau tanggungan ahli.

3.2       Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan guru-guru dan staf sokongan

3.3       Untuk membolehkan guru-guru dan staf sokongan berinteraksi dalam suasanasosial yang sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan

3.4       Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif danproduktif    

  
PERKARA 4  : FUNGSI KELAB 

4.1       Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :
4.1.1  Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan staf sokongan serta menjaga kebajikan mereka
4.1.2  Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara guru-guru dan staf sokongan serta sekolah.

PERKARA  5 : KEAHLIAN 

5.1       Terbuka kepada semua guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu.

5.2       Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik 

5.3       Guru Besar  merupakan Ahli Kehormat Kelab merangkap penasihat kelab, yang juga wajib membayar yuran tetapi tidak boleh mengundi dan menjawat jawatan dalam Organisasi Kelab.

5.4       Ahli-ahli akan hilang kelayakan sebagai ahli jika,
5.4.1   Guru berpindah sekolah atau bersara.
5.4.2  Memohon untuk tidak menjadi ahli ( dengan persetujuan guru besar)
5.4.3   Sekiranya semua AJK tertinggi kelab mendapati ahli tersebut wajar dilucutkan keahlian dengan nasihat Guru Besar.

Tiada ulasan: